- Tajuk ini saya pilih daripada satu program yang telah diikuti oleh pelajar-pelajar tingkatan 5 SAMBandar Baru Salak Tinggi, Sepang di Fakulti Pengajian Islam, UKM, Bangi pada bulan yang lalu.
- Saya turut menjadi salah seorang peserta program tersebut, Citaku ke Menara. Sebagai seorang pelajar yang bakal meninggalkan alam persekolahan, soal tempat pengajian mana atau mana arah tuju kita selepas menduduki Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) sudah menjadi salah satu kemestian.
- Pihak Bimbingan dan Kaunseling sekolah telah mengambil peranan ini dengan menganjurkan progaram berupa persediaan diri melanjutkan pelajaran yang lebih tinggi.
- Beberapa orang urusetia program tersebut merupakan fasilitator kami dalam program Jejak Gemilang 2010.
- Sebelum berangkat ke UKM, semua pelajar kelihatan teruja sekali kerana selain dapat memperoleh pengalaman, kami dapat mengurangkan tekanan semasa belajar di sekolah.
- Di sana, kami telah diberi taklimat yang panjang lebarnya oleh salah seorang pensyarah di situ.
- Selepas selesai taklimat dan makan pagi, kami telah dibawa melawat ke Perpustakaan Tun Sri Lanang(PTSL).
- Kami telah dimaklumkan bahawa perpistakaan tersebut adalah perpustakaan terbesar di Asia Tenggara.(5 tingkat).
- Banyak juga bidang yang telah dikelaskan seperti media, Islam, dan juga banyak lagi.
- Antara natijah yang diperolehi ialah keinginan dan semangat untuk melanjutakan pelajaran samaada di UKM atau mana-mana institut pengajian tinggi yang lain di dalam dan luar negara semakin jelas.
- Fokus terhadap pelajaran semakin meningkat dalam kalangan pelaja-pelajar tingkatan 5 uuntuk memperoleh keputusan yang baik dan cemerlang dalam SPM.
Sabtu, 29 Mei 2010
Citaku ke Menara
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan