Halaman

Sabtu, 13 Mac 2010

hati_kuntum

'HATI'; hati ibarat kuntuman bunga yang akan layu dan gugur ke bumi. biarlah ia gugur sebagai fitrah alam, tapi jangan biarkan ia gugur oleh tangan-tangan yang kejam.
>Setiap manusia diciptakan secara fitrah dengan hati sama ada organ hati ataupun rohani.
>Organ hati dalam badan manusia berfungsi sebagai tempat penyimpanan darah selepas melalui proses pengepaman darah di jantung dan kemudiannya akan dihantar ke seluruh sel-sel badan manusia.
>Hati dalam konteks sebagai rohani, di dalamnya tertempat perasaan bahagia, sedih, iri hati, keinginan terhadap sesuatu dan seumpama dengannya.
Segala kandungan yang tersimpan di dalam rohani manusia telah melalui perjalanan hidup yang diwarnai segala rencah kehidupan yang fana.
>Sekiranya hati telah mengalami kerosakan pada mana-mana bahagiannya, maka proses penghantaran darah ke sel-sel badan manusia akan terjejas dan menyebabkan pelbagai penyakit.
>Keadaan ini sama juga seperti yang akan dialami rohani manusia jika telah tercemar dengan anasir-anasir yang negatif seperti budaya persekitaran yang semakin tidak baik dan galakan dan didikan kerohanian dalam agama akan mempengaruhi pembentukan rohani yang tidak baik.
>Jikalau organ hati boleh tercemar akibat sedikit kerosakan, masakan hati manusia dalam bentuk rohani yang dipengaruh kuat oleh nafsu tidak akan goyah.
>Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu selain Tuhan yang Maha Mengetahui.
>Tuah tidak akan datang bergolek kepada kita dengan sendirinya. Segala ikhtiar perlu cuba dilakukan untuk memperoleh hasil yang sempurana dan berkesan.
>Segala penyakit pasti ada penawarnya. Teknologi sekarang telah memintas arus perubahan zaman dalam pelbagai bidang pendidikan, perubatan dan sebagainya.
>Manusia juga perlu berusaha melawan nafsu dan berusaha dalam mempertahankan keimanan dalam diri.
>Penjagaan hati yang baik memerlukan disiplin yang tinggi dalam rutin hidup seharian manusia. Pengambilan makanan seimbang dan senaman yang kerap merupakan sebahagian usaha yang boleh dilakukan dalam membentuk hati yang sihat dan berfungsi dengan baik.
>Pengetahuan sedia ada juga perlu didedahkan sedari kecil lagi mengenai punca-punca yang membawa kepada kerosakan organ hati. Persekitaran manusia yang dicemari asap-asap hasil dari pembakaran terbuka dan asap cerut atau rokok begitu merbahaya kepada kesihatan hati.
>Pengetahuan agama dan didikan sedari kecil adalah perkara paling penting dalam kehidupan manusia. Peranan ini merupakan tanggungjawab ibubapa dan keluarga yang menjadi pihak yang begitu hampir dan bertanggungjawab untuk memberikan didikan dan pendedahan awal mengenai agama.
>Budaya hidup yang sosial dan bercirikan barat telah mempengaruhi corak pemikiran manusia yang dibatasi perkara duniawi semata-mata. Usaha yang dilakukan dalam memelihara keimanan pula tidak secara istiqamah atau berterusan. Manusia yang tidak mempunyai kesedaran diri hanya suka memperaktikkan pepatah Melayu, hanya melepaskan batuk di tangga.
>Manusia yang dipimpin nafsu adalah manusia yang mengejar neraka. Manusia yang dipimpin iman adalah manusia yang mengejar syurga.
INAYAALLAH...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan