Halaman

Ahad, 19 Disember 2010

Selamat datang ke S CLUB 7!!!
Nama kumpulan 'S CLUB 7' ini telah dicadangkan oleh salah seorang ahli kumpulan iini iaitu Siti Hazimah Samidin.
Nama -nama ahli kumpulan ini ialah; 1- Siti Nur Sabirah Abdul Rahman
2- Samihah Abdul Rahim
3- Siti Hazimah Samidin
4-Siti Nurfarahin Zainuddin
5-Nur Rahimah Ahmad Rahim
6-Nurul Izzati Farhanah Kariman
7-Nurul Syuhada' Shanan
Anda boleh menyuarakan isi hati anda mengenai 'kumpulan ini'.
Sama ada kumpulan ini adalah satu 'band' nyanyian rock/nasyid/indie atau kumpulan belajar di sekolah atau kumpulan gangster atau kumpulan pendakwah atau kumpulan yang menggabungkan semua ahlinya melalui satu ikatan persahabatan.
Segala-galanya telah bermula melalui perkenalan-perkenalan yang tidak dapat diduga oleh manusia sama ada ia hebat atau kurang hebat, sama ada pandai atau kurang pandai, hanya Allah sahaja yang dapat menentukannya.
Persahabatan yang terjalin sejak dari permulaannya, tidak diketahui adakah ianya akan kekal selamanya tanpa terdapat ujian dan halangnnya yang tida terduga?
Sesungguhnya mannusia hanya mampu merencana dan Allah jualah yang Maha Berkehendak dalam menentukan akhir kejayaan atau hasil perancangan dan usaha yang manusia lakukan.
Hanya doa yang diucapkan melalui hati yang tulus akan diterima oleh Allah dan menerima keberkatan-Nya.
InsyaAllah...AMIIINNN Ya Rabbal Alamiiin..
Posted by Picasa

Sabtu, 29 Mei 2010

Citaku ke Menara




  • Tajuk ini saya pilih daripada satu program yang telah diikuti oleh pelajar-pelajar tingkatan 5 SAMBandar Baru Salak Tinggi, Sepang di Fakulti Pengajian Islam, UKM, Bangi pada bulan yang lalu.

  • Saya turut menjadi salah seorang peserta program tersebut, Citaku ke Menara. Sebagai seorang pelajar yang bakal meninggalkan alam persekolahan, soal tempat pengajian mana atau mana arah tuju kita selepas menduduki Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) sudah menjadi salah satu kemestian.

  • Pihak Bimbingan dan Kaunseling sekolah telah mengambil peranan ini dengan menganjurkan progaram berupa persediaan diri melanjutkan pelajaran yang lebih tinggi.

  • Beberapa orang urusetia program tersebut merupakan fasilitator kami dalam program Jejak Gemilang 2010.

  • Sebelum berangkat ke UKM, semua pelajar kelihatan teruja sekali kerana selain dapat memperoleh pengalaman, kami dapat mengurangkan tekanan semasa belajar di sekolah.

  • Di sana, kami telah diberi taklimat yang panjang lebarnya oleh salah seorang pensyarah di situ.

  • Bulleted ListSelepas selesai taklimat dan makan pagi, kami telah dibawa melawat ke Perpustakaan Tun Sri Lanang(PTSL).

  • Kami telah dimaklumkan bahawa perpistakaan tersebut adalah perpustakaan terbesar di Asia Tenggara.(5 tingkat).

  • Banyak juga bidang yang telah dikelaskan seperti media, Islam, dan juga banyak lagi.

  • Antara natijah yang diperolehi ialah keinginan dan semangat untuk melanjutakan pelajaran samaada di UKM atau mana-mana institut pengajian tinggi yang lain di dalam dan luar negara semakin jelas.

  • Fokus terhadap pelajaran semakin meningkat dalam kalangan pelaja-pelajar tingkatan 5 uuntuk memperoleh keputusan yang baik dan cemerlang dalam SPM.

Sabtu, 13 Mac 2010

hati_kuntum

'HATI'; hati ibarat kuntuman bunga yang akan layu dan gugur ke bumi. biarlah ia gugur sebagai fitrah alam, tapi jangan biarkan ia gugur oleh tangan-tangan yang kejam.
>Setiap manusia diciptakan secara fitrah dengan hati sama ada organ hati ataupun rohani.
>Organ hati dalam badan manusia berfungsi sebagai tempat penyimpanan darah selepas melalui proses pengepaman darah di jantung dan kemudiannya akan dihantar ke seluruh sel-sel badan manusia.
>Hati dalam konteks sebagai rohani, di dalamnya tertempat perasaan bahagia, sedih, iri hati, keinginan terhadap sesuatu dan seumpama dengannya.
Segala kandungan yang tersimpan di dalam rohani manusia telah melalui perjalanan hidup yang diwarnai segala rencah kehidupan yang fana.
>Sekiranya hati telah mengalami kerosakan pada mana-mana bahagiannya, maka proses penghantaran darah ke sel-sel badan manusia akan terjejas dan menyebabkan pelbagai penyakit.
>Keadaan ini sama juga seperti yang akan dialami rohani manusia jika telah tercemar dengan anasir-anasir yang negatif seperti budaya persekitaran yang semakin tidak baik dan galakan dan didikan kerohanian dalam agama akan mempengaruhi pembentukan rohani yang tidak baik.
>Jikalau organ hati boleh tercemar akibat sedikit kerosakan, masakan hati manusia dalam bentuk rohani yang dipengaruh kuat oleh nafsu tidak akan goyah.
>Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu selain Tuhan yang Maha Mengetahui.
>Tuah tidak akan datang bergolek kepada kita dengan sendirinya. Segala ikhtiar perlu cuba dilakukan untuk memperoleh hasil yang sempurana dan berkesan.
>Segala penyakit pasti ada penawarnya. Teknologi sekarang telah memintas arus perubahan zaman dalam pelbagai bidang pendidikan, perubatan dan sebagainya.
>Manusia juga perlu berusaha melawan nafsu dan berusaha dalam mempertahankan keimanan dalam diri.
>Penjagaan hati yang baik memerlukan disiplin yang tinggi dalam rutin hidup seharian manusia. Pengambilan makanan seimbang dan senaman yang kerap merupakan sebahagian usaha yang boleh dilakukan dalam membentuk hati yang sihat dan berfungsi dengan baik.
>Pengetahuan sedia ada juga perlu didedahkan sedari kecil lagi mengenai punca-punca yang membawa kepada kerosakan organ hati. Persekitaran manusia yang dicemari asap-asap hasil dari pembakaran terbuka dan asap cerut atau rokok begitu merbahaya kepada kesihatan hati.
>Pengetahuan agama dan didikan sedari kecil adalah perkara paling penting dalam kehidupan manusia. Peranan ini merupakan tanggungjawab ibubapa dan keluarga yang menjadi pihak yang begitu hampir dan bertanggungjawab untuk memberikan didikan dan pendedahan awal mengenai agama.
>Budaya hidup yang sosial dan bercirikan barat telah mempengaruhi corak pemikiran manusia yang dibatasi perkara duniawi semata-mata. Usaha yang dilakukan dalam memelihara keimanan pula tidak secara istiqamah atau berterusan. Manusia yang tidak mempunyai kesedaran diri hanya suka memperaktikkan pepatah Melayu, hanya melepaskan batuk di tangga.
>Manusia yang dipimpin nafsu adalah manusia yang mengejar neraka. Manusia yang dipimpin iman adalah manusia yang mengejar syurga.
INAYAALLAH...