~KEYAKINAN ADALAH HAK KITA~
‘Setiap orang Islam mempunyai potensi untuk menjadi orang yang bertaqwa. Potensi dalaman itu sebenarnya ada pada setiap umat Islam. Percayalah bahawa kita lebih kuat daripada apa yang kita sangka. Jika kekuatan iini benar-benar dioptimumkan, kita tidak akan terkesan oleh gangguan luaran.’
-*_*-
‘Jujurlah terhadap diri sendiri ketika bermuhasabah. Koreksi satu persatu kesalahan kita. Jangan pula menafikan realiti. Setelah disedari kelemahan dan kesilapan kita, maka akuilah hakikat itu. Ingat, kita perlu memaafkan diri kita kerana kita juga perlu mengasihi diri kita sendiri.’
~INGIN BERCERITA~....
‘Seekor anak gajah dirantai sejak kecil pada sebatang tiang. Pada mulanya anak gajah itu meronta-ronta untuk melepaskan diri. Anak gajah itu tidak terdaya kerana kakinya masih kecil, manakala rantai serta tiang yang menambatnya begitu kuat. Hari demi hari telah dicubanya namun anak gajah tiu masih tidak dapat melepaskan diri. Lama-kelamaan anak gajah tidak mahu mencuba lagi kerana takut dengan risiko kegagalan.
Setelah bertahun dalam keadaan sedemikian, anak gajah membesar sebagai gajah dewasa. Badan, kaki dan anggota badan yang lain turut membesar lebih daripad rantai dan tiang yang menambatnya sejak kecil. Secara logiknya dengan sekali rentap sahaja besi dan tiang itu boleh tercabut. Sayangnya, gajah itu tidak pernah berfikir untuk berbuat perkara demikian. Apakah puncanya? Punca yang sebenarnya adalah gajah itu sudah hilang keyakinan diri. Pengalaman gagal semasa kecil menyebabkan gajah itu tidak mahu mencuba sekali lagi. Padanya, ia tetap tidak mampu melakukannya.’
-*_*-
~ Inilah bahana hilang keyakinan diri. Perkara yang dialami oleh gajah itu juga sering terjadi dalam kehidupan manusia. Khususnya bagi umat Islam yang telah sekian lama dijajah oleh musuh samaada dalaman mahupun luarannya, semangat berjuang menjadi semakin luntur.~
p/s: sebahagian besar perkara di atas telah diambil dari petikan dalam majalah SOLUSI, edisi: x ingat ...
~ tidak menjadi satu masalah kan kalau kita mengambil sesuatu perkara yang baik walaupun daripada kata-kata2 orang lain??!!??
Tiada ulasan:
Catat Ulasan