Halaman

Selasa, 19 April 2011

BREK KAKI BUKAN BREK KERETA-lol-

~Pada Suatu Pagi~

Pada satu pagi yang buta kerana pagi adalah suatu masa dan bukannya makhluk yang bermata mahupun berkaki(he'~he'~), terdengarlah beberapa suara seperti orang yang sedang berbual. 'kawan Kak La hari tu ada ajak pergi 'sekolah lama' tengok MAKEP , esok dia terima anugerah. So, ingat nak ajak Meha ke, Roha ke, (4 da 1st time jual nama panggilan sesama beradik dalam blog neh) pergi sekali teman Kak La drive kereta ibu..
 ~Time ni aq masih belum sedar sepenuhnya, mamai*_*~ ha..ha.. bestnya dapat pergi 'sekolah lama' dengan menaiki kereta dengan adik-beradik sendiri...

~`pagi yang gelap, kini sudah terang, aq adikmu, jadi kau kakakkk.....`~

'Meha, ko nak ikut tak teman pergi MAKEP sekali ngan aq??'
'nak, nak, Roha ikut sekali tak?'- monolog-'ajak ar sekali, baru boleh bangga sikit dikelilingi ngan gadis2 tinggi lampai, huhhh...padahal patutnya aq berasa malu sebab hanya aq paling rendah antara kakak dan adik sendiri..huu.huuu'
'tak kot, nanti tanya lah lepas dia balik dari kelas'
-ha...roha dah balik dah tuu-
'Roha nanti jaga adik2 lelaki kat rumah, dia pon nak buat kerja sekolah. Nanti Kak La kalau bawak kereta tu baik2...', ibu dah pon conform-kan bahawa hanya kami berdua sahaja pergi ke sana dengan kereta yang terlebih besar bagi penumpangnya yang hanya berjumlah 2 orang... 

~Sepanjang Perjalanan~

Sepanjang perjalanan ke destinasi kami memang aq tak tenang gamaknya walaupun hanya perlu duduk dalam kereta sambil2 berborak ke atau sambil menikmati keindahan alam sekitar ke, tiap kali Kak La brek kereta, tiap kali itulah aq brek kaki aq sendiri, itu adalah 1st time in my life jadi penumpang Kak La si Driver baru....Dah lah itu juga adalah kali pertama Kak La si Driver< haha..selamba je bagi nama baru, kene sound kang> memandu sejauh itu. Selama ni pon test drive kat lorong2 kampung je...

~Setibanya di destinasi...~

'Apasal tangan ko ni sejuk semacam je?', kawan Kak La cakap macam ni time bersalam..
-monolong-'ha'a kan, kenapa tangan aq sejuk semacam ni?? fikirlah...'
'Oh...tadi seram sejuk kot sebab pertama kali naik kereta dengan Kak La sampai sini'
'Ha..ha.. hebat ko, dah boleh bawa kereta sampai sini eh??'
'Tak de ar..'
Time tu nampak pulak kelibat ustaza2 dan cikgu2 di sekitar tempat kami chatting for awhile..Nak salam ke tak nak. Nanti macam sombong pulak, padahal baru je tahun ni blah dari sekolah lama..Aq pon ajak lah my sis bertegur dan salam2 ustzh2 dan cikgu2 tuuu..Boleh pulak ustazah perasan aq nie tak de tersenarai antara penerima anugerah hari tu. Boleh lah jugak beliau terperasan something on my face nie...huuu...part ni lagi malu bai Alangkah gembira dan bahagia nya  apabila dapat berjumpa kenvali dengan member2ku... walaupun  hanya beberapa bulan sahaja telah berlalu sejak kali terakhir berjumpa semasa ambil result yang lalu. Lagipun mesej dan fb senantiasa menemani kami...

~Setelah majlis tamat..~

'Meha, jom balik. Takut lewat sangat dan 'jam' nanti kat jalan nanti'
' Ok, baik sangat la tu. pon dah penat dah ni..'
'Kak Meha, tahniah...'-monolog-' banyak lah tahniah ko.., yang ucap pon aq dah tak ingat nama, sorry....'
'Terima kasih la.. tapi akak hari ni mana ada dapat anugerah apapon, just datang nak memeriahkan majlis ni je...he'...he'...'
'Lah... ye ke??'-monolog-' ha..ha.. kecewa kot..'
'Ehh.. ni Kak D*** kan?? Lama dah tak jumpa, makin tinggi la Kak D*** ni..'
Kak La cakap part ni beliau tahu yang hakiki sebenarnye mereka bukan nak cakap makin tinggi, tapi sebab dah lama tak jumpa je.. Yang hakiki nya, paras ketinggiannya dah stop since f5 daaa.. Only our younger sis and other brothers je yang makin bertambah paras ketinggian mereka....
Bukan hanya kawan2 Kak La sahaja yang tergempak dengan berita beliau hadir ke MAKEP tu drive sendiri kereta, kawan2 aq pon still tergempak dengan berita ni.....
Lagak dan gempak serta nya hari itu bukan sahaja kerana brek kaki bukan brek kereta, 'sekolah lama' juga telah merasmikan blog sekolah@stissepang.blogspot.com---

~apa yang aq paling tak nak dismiss sepanjang hari tu adalah saat2 berjumpa kawan2 yang berjaya dalam last test tahun lepas walaupun bukan aq yang naik ke atas da prestige stage, I thought...haha..dan walaupun hanya untuk beberapa jam yang singkat bagiku...Alhamdulillah...but we do not lost our contacts by messaging or chatting on fb....InsyaAllah...
~sungguh berbesar hati bagi mengucapkan semoga kawan-kawan dan sahabat handai samaada seperjuangan mahupun tidak, akan berusaha menghiasi hari-hari kita dengan keceriaan, kebahagiaan, kejayaan, kesungguhan, dan tawakal dalam hidup di dunia yang fana demi akhirat yang abadi dengan niat yang suci dan murni kerana Allah subhanahuwataala....AMIIINNN...INSYAALLAH...

'KEYAKINAN ADALAH HAK KITA'

~KEYAKINAN ADALAH HAK KITA~

‘Setiap orang Islam mempunyai potensi untuk menjadi orang yang bertaqwa. Potensi dalaman itu sebenarnya ada pada setiap umat Islam. Percayalah bahawa kita lebih kuat daripada apa yang kita sangka. Jika kekuatan iini benar-benar dioptimumkan, kita tidak akan terkesan oleh gangguan luaran.’
-*_*-
‘Jujurlah terhadap diri sendiri ketika bermuhasabah. Koreksi satu persatu kesalahan kita. Jangan pula menafikan realiti. Setelah disedari kelemahan dan kesilapan kita, maka akuilah hakikat itu. Ingat, kita perlu memaafkan diri kita kerana kita juga perlu mengasihi diri kita sendiri.’



~INGIN BERCERITA~....

‘Seekor anak gajah dirantai sejak kecil pada sebatang tiang. Pada mulanya anak gajah itu meronta-ronta untuk melepaskan diri. Anak gajah itu tidak terdaya kerana kakinya masih kecil, manakala rantai serta tiang yang menambatnya begitu kuat. Hari demi hari telah dicubanya namun anak gajah tiu masih tidak dapat melepaskan diri. Lama-kelamaan anak gajah tidak mahu mencuba lagi kerana takut dengan risiko kegagalan.
Setelah bertahun dalam keadaan sedemikian, anak gajah membesar sebagai gajah dewasa. Badan, kaki dan anggota badan yang lain turut membesar lebih daripad rantai dan tiang yang menambatnya sejak kecil. Secara logiknya dengan sekali rentap sahaja besi dan tiang itu boleh tercabut. Sayangnya, gajah itu tidak pernah berfikir untuk berbuat perkara demikian. Apakah puncanya? Punca yang sebenarnya adalah gajah itu sudah hilang keyakinan diri. Pengalaman gagal semasa kecil menyebabkan gajah itu tidak mahu  mencuba sekali lagi. Padanya, ia tetap tidak mampu melakukannya.’
-*_*-
~ Inilah bahana hilang keyakinan diri. Perkara yang dialami oleh gajah itu juga sering terjadi dalam kehidupan manusia. Khususnya bagi umat Islam yang telah sekian lama dijajah oleh musuh samaada dalaman mahupun luarannya, semangat berjuang menjadi semakin luntur.~


p/s: sebahagian besar perkara di atas telah diambil dari petikan dalam majalah SOLUSI, edisi: x ingat ...
~ tidak menjadi satu masalah kan kalau kita mengambil sesuatu perkara yang baik walaupun daripada kata-kata2 orang lain??!!??